TOK AWANG NGAH PDF

Ramai orang menggali perigi, Ilmu dicari tak akan rugi, Buat bekalan dunia akhirat Begitulah halus dan tinggi seni peradaban bangsa Melayu. Bermadah pujangga dan berpantun seloka apabila berbicara. Semoga "Takkan Melayu hilang di dunia" akan kekal hingga ke akhirnya. Salam pertemuan buat sekalian kalinya.

Author:Mojind Dorg
Country:Montenegro
Language:English (Spanish)
Genre:Automotive
Published (Last):24 August 2011
Pages:384
PDF File Size:20.32 Mb
ePub File Size:18.23 Mb
ISBN:708-5-73263-718-5
Downloads:72177
Price:Free* [*Free Regsitration Required]
Uploader:Kazraran



Siapa saja yang terkena dendam Angut Lumpuh nescaya akan menjadi lumpuh kalau umur panjang, sebaliknya kalau sampai ajal akan mati. Apakah yang dikatakan Angut Lumpuh ini pun saya tidaklah tahu sangat, cuma Kadir Misai yang mengajak saya ke Jerantut di Pahang apabila adiknya dikatakan sakit akibat disampuk dendam Angut Lumpuh ini. Kadir Misai pun hanya mengesyaki saja adiknya disampuk dendam Angut Lumpuh. Ini disebabkan apabila penduduk kampung itu diserang sakit luar biasa, maka mereka akan cepat mengesyaki terkena sampuk Angut Lumpuh.

Kerana tidak mahu menghampakan hati Kadir Misai saya pun bersetuju ke Jerantut pada malam itu juga. Lagi pun saya sendiri ingin untuk mengetahui apakah yang dikatakan Angut Lumpuh itu. Kalau puaka mengapa pula dinamakan Angut Lumpuh? Kalau jenis syaitan dari mana pula datangnya nama Angut Lumpuh?

Ketika saya sampai di rumah ayah Kadir Misai, memang adiknya berumur 13 tahun masih tidak sedar diri. Sukar juga saya mahu membuat keputusan. Orang sudah mendesak supaya saya tengokkan Zuki. Kalau saya mahu berdalih mengapa tidak menolak semasa Kadir Misai datang menjemput ke rumah. Sebenarnya saya datang hanya untuk mengetahui apakah yang dikatakan Angut Lumpuh itu. Kebetulan Dukun Pak Cu Jabat sudah mengubatnya. Dia sendiri meminta saya pula mencubanya. Dari dialah saya diberitahu mengenai parit yang melintasi kampung, yang telah saya lalui bersama Kadir Misai ketika datang ke situ, memang ada kaitan dengan Angut Lumpuh ini.

Beberapa tahun dulu anak saudara dia meninggal dunia setelah terkejut melihat seorang perempuan tua berjalan menginsut punggung di dalam parit tersebut. Dia tidaklah meninggal dunia sebaik saja melihat perempuan tua itu, sebaliknya jatuh demam. Budak baru berumur empat tahun itu memberitahu emaknya dia ternampak seorang nenek tua menginsut punggung mudik parit tersebut.

Kira-kira sebulan lebih budak itu sakit, dia pun meninggal dunia. Maksudnya Angut ini ialah nenek kepada nenek. Sekiranya ternampak dia mudik bererti susahlah hendak diselamatkan pesakit berkenaan, sebaliknya kalau dia menginsut ke hilir masih ada harapan untuk sembuh, tetapi mangsanya itu akan lumpuh. Dia juga menceritakan seorang lelaki tepok di dalam kampung itu yang disebabkan angkara dendam Angut Lumpuh.

Kaki dan tangan sebelah kanannya menjadi lumpuh setelah sembuh dari sakitnya. Lelaki itu sekarang sudah berumur lebih 40 tahun dikenali sebagai panggilan Apat Tepok saja.

Seorang lagi sepupu Lebai Man menjadi tidak siuman selepas sembuh dari sakit yang dikatakan akibat terkena sumpahan Angut Lumpuh ini. Sebenarnya sudah banyak mangsa Angut Lumpuh itu sejak beberapa tahun dulu. Parit itu adalah anak sungai kecil yang mata airnya terbit dari bukit dalam kampung itu juga, sekarang ini bukit berkenaan sudah pun ditebang tebas dijadikan kebun getah.

Fasal itulah kawan telefon pada Kadir di Kuala Lumpur" jelas orang tua itu seterusnya. Lama saya memikirkan apakah cara mahu dilakukan terhadap Zuki. Kalau Pak Cu Jabat seorang dukun sudah berusaha memulihkan, pada hal dia sudah berpengalaman sekian lama di situ tetapi tidak berhasil, bagaimana pula saya mahu mencubanya. Kerana tidak terfikirkan cara yang lain, lalu saya mengajak semua orang yang ada di situ bersama-sama dengan saya membaca Yassin.

Mereka bersetuju dengan cadangan saya, iaitu membaca Surah Yassin. Lebai Man juga setuju saya mengepalai bacaan Yassin tersebut.

Tiga kali bacaan Yassin dibuat barulah saya dapati Zuki mula menggerakkan badannya. Bagaimanapun dia masih tidak sedarkan diri. Dia seolah-olah mahu bangun untuk melompat ke tanah, tetapi tenaganya masih lemah. Zuki terbaring semula. Apabila dipanggil namanya dia tetap mendiamkan diri.

Hati saya lega kerana Zuki sudah mula menggerakkan badan. Walaupun dia masih belum sedarkan diri, namun ada perubahan juga. Tidaklah terlentang tidak bergerak-gerak seperti mula-mula saya datang.

Saya sampai di rumah Lebai Man kira-kira jam Ketika ini masih ramai lagi orang datang menziarahi Zuki. Saya lihat Pak Cu Jabat juga tersenyum dengan perubahan Zuki. Setelah setengah jam Zuki boleh menggerakkan badan, dia pun mula berpusing ke kiri ke kanan dalam keadaan masih lemah.

Nafasnya saja kencang turun naik. Dia tidak bercakap apa-apa pun. Semakin lama semakin keras Zuki berpusing ke kiri ke kanan. Terpaksa pula Kadir Misai memegangkan kakinya. Tetapi cepat saja kaki Zuki menyinggahi dada Kadir Misai. Terundur juga Kadir Misai ke belakang bila kaki itu menerjah ke dadanya.

Zuki tidak meronta-ronta, tetapi dia membalikkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan. Makin lama semakin kencang dia membalikkan tubuh ke kiri dan ke kanan. Saya lihat Pak Cu Jabat sudah terkumat kamit mulut membacakan ayat-ayat tertentu, yang saya tidak tahu apakah ayatnya. Seperti Ulung Bahar yang pernah saya temui, Pak Cu Jabat juga tidak menggunakan kemenyan, bertih, limau atau ramuan-ramuan khas bagi mengubati pesakit. Zuki masih membalik-balikkan tubuh ke kiri ke kanan. Sekali-sekala dia mendengus bagaikan hidung tersumbat.

Saya menyorot tubuhnya dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Lama kelamaan tubuh Zuki hilang dari sorotan saya. Keliling saya menjadi gelap seketika. Setelah melepasi kegelapan itulah saya dapati diri saya terlalu jauh di dalam kawasan hutan yang terdapat satu parit anak sungai yang kecil. Parit tersebut sama seperti parit yang melintasi di tengah-tengah kampung Kadir Misai.

Cuma keadaan kelilingnya saja dipenuhi hutan dan anak-anak pokok. Lama saya berlegar-legar mencari punca di manakah saya telah sampai. Akhirnya saya dapat mengangak bahawa anak air yang saya temui itu adalah anak air di kampung itulah seperti keadaannya beberpa puluh tahun dulu.

Ketika ini saya teringat untuk membaca Ayat Waddhuha. Saya membaca tiga kali barulah saya mendapat pedoman mengenai anak air itu. Memang itulah anak air yang saya cari. Tidak salahlah dakwaan Pak Cu Jabat mengenai anak air yang mengalir di tengah kampung itu sudah banyak memakan mangsa. Dalam masa saya merayau-rayau ini kedengaran kepada saya suara orang mendehem. Cepat-cepat saya berpaling memerhatikan arah suara itu.

Seorang lelaki berserban putih, mukanya bersih berbau harum sambil memegang tongkat semambu dari rotan beruas songsang. Dia memimpin tangan Zuki masih teragak-agak mahu melompati parit berkenaan. Saya menjadi serba salah. Mustahil pula syaitan boleh memberi salam atau berbau harum demikian. Sekali lagi dia memberi salam. Mau tidak mau saya terpaksa juga menyahut salamnya. Budak itu tersenyum mengerling ke arahnya.

Mujur saya cepat sampai menolongnya Pak Cu Jabat tak sampai, dia jauh lagi. Saya pula tak boleh keluar jauh dari sini" jelas lelaki yang saya panggil Tok Sheikh tu. Tok Sheikh itu tidak pula menceritakan siapakah dirinya sebenar. Tetapi saya dapati dia memang berniat baik.

Boleh jadi juga Pak Cu Jabat tidak sampai ke situ, sebab itulah Zuki tidak dapat dihantarnya balik. Kalaulah Zuki tidak dapat diambil balik bereti dia akan tidak sedarkan diri beberapa lama lagi. Inilah hakikat sebenarnya. Saya mengangguk-angguk kepala. Kagum juga saya dengan sifat ramah orang tua berkenaan.

Kalaulah dia dari jenis syaitan masakan budi bahasanya begitu ramah. Oleh itu saya kuat mengagakkan dia bukanlah syaitan, tetapi golongan yang boleh membantu. Saya kenal dengan Tok Aji Mat Kampar" katanya lagi.

Kesal juga saya kerana bercakap seakan-akan kasar terhadap orang tua berkenaan. Tetapi saya masih tertanya-tanya siapakah dia sebenarnya? Belum pernah saya menghadapi suasana demikian, kerana selalunya kedatangan saya ditentang oleh jelmaan syaitan-syaitan.

Mahu bertanya berulang kali terasa juga segan. Maklum saja, menyoal orang demikian, tidak sama seperti menemui manusia biasa di alam nyata. Orang begini kadangkala sudah dapat membaca apa yang terbendung di hati kita. Tentulah orang tua itu bukannya musuh.

HEIDISQL TUTORIAL PDF

Tok Awang Ngah (Berkelahi Dengan Syaitan)

Lipan Bara Di Bawah Mayat Saya juga ikut berjemaah dengan dua tiga orang kawan, kerana Tok Aji memang menunaikan solatnya di madarasah. Disebabkan hujan turun dengan lebat, Tok Aji tidak terus balik ke rumahnya yang dipisahkan oleh halaman saja dari madarasah tersebut. Tok Aji berbaring saja di tengah madarasah sambil melanggung tangan ke kepala. Ketika ini saya sudah berumur 13 tahun, memang suka benar berdamping dengan Tok Aji. Dia pula akan bercerita tentang pengalamannya semasa di Sumatera iaitu kampung halamannya. Bagaimanapun sehingga akhir hayatnya Tok Aji tidak pernah lagi balik ke Sumatera.

IEC 60114 PDF

Tok Awang Ngah

Siapa saja yang terkena dendam Angut Lumpuh nescaya akan menjadi lumpuh kalau umur panjang, sebaliknya kalau sampai ajal akan mati. Apakah yang dikatakan Angut Lumpuh ini pun saya tidaklah tahu sangat, cuma Kadir Misai yang mengajak saya ke Jerantut di Pahang apabila adiknya dikatakan sakit akibat disampuk dendam Angut Lumpuh ini. Kadir Misai pun hanya mengesyaki saja adiknya disampuk dendam Angut Lumpuh. Ini disebabkan apabila penduduk kampung itu diserang sakit luar biasa, maka mereka akan cepat mengesyaki terkena sampuk Angut Lumpuh. Kerana tidak mahu menghampakan hati Kadir Misai saya pun bersetuju ke Jerantut pada malam itu juga.

ERGENEKON DAVAS GEREKELI KARAR PDF

TOK AWANG NGAH - SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Saya juga ikut berjemaah dengan dua tiga orang kawan, kerana Tok Aji memang menunaikan solatnya di madarasah. Disebabkan hujan turun dengan lebat, Tok Aji tidak terus balik ke rumahnya yang dipisahkan oleh halaman saja dari madarasah tersebut. Tok Aji berbaring saja di tengah madarasah sambil melanggung tangan ke kepala. Ketika ini saya sudah berumur 13 tahun, memang suka benar berdamping dengan Tok Aji.

CHRISTIANAE RELIGIONIS INSTITUTIO PDF

Hantu Pontianak Tersesat Saya kesihan bukanlah disebabkan emaknya meninggal dunia, kerana perkara meninggal dunia adalah sudah ditentukan Allah. Tetapi saya kesihan kerana jenazah emaknya sebelum dikebumikan telah dicucukkan jarum pada kesemua jari tangan dan kakinya. Mengapa sampai begitu sangat mereka menyeksa mayat? Kononnya kalau tidak dilakukan begitu jenazah tersebut akan bertukar menjadi langsuyar.

Related Articles