KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN PDF

TAJUK 10 Kesimpulan Dalam usaha mengurus kesepaduan sosial di Malaysia, kesepaduan dalam konteks kepelbagaian etnik sebenarnya telah wujud melalui proses perkongsian sejarah bersama yang dilalui oleh masyarakat pelbagai etnik merentasi aspek politik mahupun sosioekonomi. Masyarakat pelbagai etnik di Malaysia dapat menikmati suasana kehidupan secara aman dan bebas daripada konflik kekerasan. Dalam usaha mengukuhkan kesepaduan sosial, aspek amalan harian dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik ditandai oleh interaksi dan jalinan hubungan sosial yang saling berkait dan bergantung antara satu sama lain. Oleh hal demikian, jalinan dan interaksi hubungan sosial sebenarnya sudah bersemi ke dalam fabrik-fabrik sosial masyarakat kerana kesemua mereka berada dalam satu acuan besar yang dinamakan sebagai negara bangsa Malaysia. Dalam meneliti proses transformasi hubungan etnik, sejarah perkembangan hubungan ini adalah melalui rundingan sosial yang berterusan antara aktor sosial dalam masyarakat awam untuk memenuhi kepentingan masing-masing tanpa meleraikan fabrik-fabrik sosial.

Author:Gaktilar Vum
Country:Lesotho
Language:English (Spanish)
Genre:Photos
Published (Last):23 March 2019
Pages:10
PDF File Size:15.34 Mb
ePub File Size:15.36 Mb
ISBN:742-7-90003-573-9
Downloads:53712
Price:Free* [*Free Regsitration Required]
Uploader:Vudolar



Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat: 1. Memahami Kesultanan Melayu Melaka sebagai lambang kemuncak kepada pluraliti di Nusantara. Memahami kesan penjajah Barat kepada masyarakat pelbagai etnik di negara ini. Menguasai kemahiran untuk menganalisis fenomena sosial dan masalah hubungan etnik di negara ini. Pengenalan Masyarakat pelbagai etnik, budaya dan agama merupakan ciri utama di kebanyakan negara pada hari ini.

Persaingan dan konflik antara etnik sering berlaku di negara-negara yang berlatarbelakangkan masyarakat pelbagai etnik. Namun demikian, sejarah juga telah membuktikan negara monoetnik tidak dapat mengelakkan diri daripada kejadian sedemikian.

Masyarakat mempunyai kecenderungan untuk mengkategorikan dan menilai sesuatu kumpulan masyarakat yang lain berdasarkan pemikiran dan pemahaman mereka sendiri yang sempit, selain terpengaruh oleh pelbagai faktor. Masyarakat juga mempunyai kebiasaan untuk menilai perbezaan antara masyarakat melalui perspektif budaya majoriti atau budaya tersendiri. Oleh hal demikian, dalam dunia yang didominasi oleh masyarakat pelbagai etnik, adalah wajar untuk membina satu pemahaman yang mendalam dan tepat tentang teori dan definisi yang biasa digunakan untuk menilai kumpulan masyarakat yang berbeza budaya, ras, dan etnik dalam pelbagai aspek untuk mengelakkan konflik antara etnik yang lebih 30 Hubungan Etnik dahsyat.

Kefahaman terhadap budaya yang menyokong masyarakat pelbagai etnik amat diperlukan untuk pembinaan masyarakat yang harmoni dan stabil. Kesultanan Melayu Melaka — lambang Pertemuan Masyarakat Pelbagai etnik Kehebatan empayar Melaka menjadi tempat pertemuan pedagang seluruh dunia diakui sehingga digelar sebagai The Venice of the East. Zaman empayar Melaka ialah zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu.

Zaman keagungan Melaka boleh dilihat daripada aspek pemerintahan, perdagangan, kependudukan dan kebudayaan. Pemerintahan Perlembagaan Melaka adalah berdasarkan ajaran Islam. Perlembagaan ini banyak menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan sistem pemerintahan Melaka. Pegawai istana Melaka terdiri daripada pelbagai bangsa kerana masyarakat Melayu tempatan berkahwin campur dengan bangsa asing yang datang berdagang dan menetap di Melaka.

Hal ini menunjukkan bahawa sistem pemerintahan kerajaan Melayu Melaka amat mementingkan keharmonian antara kaum. Pemerintahan dijalankan dengan sikap penuh diplomasi dan terbuka. Para pegawai istana bukan sahaja terdiri daripada kalangan orang Melayu tempatan bahkan terdapat orang India yang dilantik menjawat jawatan dalam istana sultan Melaka. Ringkasnya, pemerintah Melaka pada ketika itu telah mengambil kira keharmonian antara kaum.

Perdagangan Perdagangan di Melaka berjalan dengan lancar hasil daripada sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yang cekap. Undang- undang Kanun Melaka dilaksanakan bagi menjaga keselamatan laut di Melaka daripada ancaman perompak dan lanun. Tindakan ini dapat menjamin tahap keselamatan yang tinggi kepada ribuan kapal pedagang yang datang berdagang di Melaka. Perdagangan di Melaka berjalan dengan begitu lancar hasil daripada sistem pemerintahan terbuka di samping pelabuhan ditadbir dengan cekap.

Keselamatan laut daripada ancaman perompak dan lanun dapat dikawal oleh Laksamana Melaka yang proaktif. Situasi ini menjadikan suasana selamat dan aman untuk para pedagang berdagang di pelabuhan Melaka, apatah lagi keadaan ini disokong kuat oleh Undang-undang laut Melaka yang berteraskan ajaran Islam. Corak Kependudukan di Melaka Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman pluraliti kerana proses penghijrahan berlaku secara semula jadi tanpa pemaksaan mana-mana pihak.

Para pedagang tidak memerlukan pasport atau visa sebagai pengenalan diri untuk memasuki sesuatu kawasan. Keadaan ini membolehkan para pedagang dari Arab, India, China dan negara- negara lain berdagang secara bebas dan berinteraksi dengan penduduk tempatan. Pedagang Arab, Cina, India dan Nusantara juga dilihat melalui proses asimilasi dan amalgamasi dengan penduduk tempatan dan akhirnya telah membawa kepada kewujudan masyarakat baharu, iaitu masyarakat Baba Nyonya, Melayu berketurunan Arab dan Melayu berketurunan India.

Kepelbagaian Budaya di Melaka Keterbukaan pemerintah empayar Melaka menerima kehadiran para pedagang dari seluruh pelosok dunia tanpa syarat yang ketat menyebabkan pelabuhan Melaka berkembang sebagai pelabuhan yang maju dan terpenting di dunia.

Kemajuan perdagangan dan empayar Melaka sebagai kota metropolitan menjadikan Melaka sebagai kota multibudaya. Setiap budaya di Melaka mempunyai tempat masing-masing. Pluralisme budaya bukanlah suatu fenomena baharu dalam alam Melayu. Pertemuan dan pertembungan budaya besar dunia tersebut telah melahirkan satu ciri fenomena sosial yang istimewa dalam alam Melayu, iaitu fenomena kepluralitian budaya. Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu.

Melaka diperintah oleh para sultan dan pembesar yang berpandangan jauh. Pembentukan Masyarakat Majmuk era Kolonialisme inggeris Kedatangan British ke alam Melayu berlandaskan serampang tiga mata, iaitu keagamaan, kekayaan dan kemegahan. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, pihak kuasa Barat sebenarnya telah maju dalam bidang sains dan teknologi.

Universiti tertua di Eropah, iaitu University of Oxford wujud sejak abad ke lagi. Keadaan ini menyebabkan mereka merupakan golongan yang menguasai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang sosial, kemanusiaan dan sains tulen. Perdebatan ilmu begitu hangat selama berabad-abad sehingga berlakunya pemisahan besar antara agama dengan sains moden pada abad ke Masihi.

Eropah telah mengalami perubahan epistemologi, iaitu pemisahan antara negara dan agama. Akibat daripada pertelingkahan antara para agamawan dan saintis di Eropah, ilmu pengetahuan akhirnya terpisah dua, iaitu agama dan sains moden.

Kedua-duanya dinamakan sebagai Rocks of Ages: Sciences and Religion in the Fullness of Life oleh Stephen Jay Gould , apabila beliau menulis buku mengenai dua perkara pokok di sepanjang sejarah kehidupan manusia. Masyarakat secara umumnya terpisah kepada dua, iaitu pihak yang menyokong agama dan pihak yang menyokong sains moden.

Ilmu berasaskan sains moden mendapat sokongan majoriti penduduk Eropah dan akhirnya menyebabkan agama menjadi anutan kepada individu sahaja. Faktor yang menjadikan masyarakat berpegang kepada kepercayaan bahawa agama hanya perlu pada peringkat individu apabila agama dianggap sebagai penyumbang perselisihan pendapat dalam kalangan manusia, dan seterusnya akan mencetuskan pergaduhan dan peperangan.

Sebaliknya, ilmu sains mempunyai sifat sarwajagat yang dapat menyatukan manusia di bawah payung kefahaman yang sama dan ini membolehkan manusia hidup secara aman dan damai.

Berasaskan fahaman ini, ilmu sains telah diterima sebagai ilmu penting dan asas dalam kehidupan sosial duniawi manusia. Ringkasnya, ilmu sains menjadi asas kepada segala aspek kehidupan duniawi manusia, termasuklah ilmu pemerintahan dan pentadbiran.

Sebaliknya, agama tidak lagi menjadi faktor penting dalam kehidupan duniawi manusia. Kesannya, agama berada pada satu pihak yang lain dan kehidupan duniawi berada pada satu pihak yang lain. Dasar ini diteruskan oleh penjajah British terhadap tanah jajahannya termasuk Tanah Melayu. Pihak penjajah British menguasai pentadbiran negara, manakala hal ehwal agama Islam di Tanah Melayu dan adat istiadat Melayu diletakkan di bawah pengawasan sultan.

Di samping itu, penjajah British turut memperkenalkan sistem pentadbiran berdasarkan pengagihan kuasa antara tiga unsur penting, iaitu Kehakiman, Eksekutif dan Perundangan. Masing-masing pihak hanya menjalankan bidang kuasa masing-masing.

Keadaan ini berbeza dengan sistem pemerintahan zaman sebelum kedatangan British menyebabkan tiada agihan kuasa berlaku kerana raja atau sultan mempunyai kuasa mutlak. Ketibaan pemerintah kolonial membawa kepada pertembungan antara agama Islam dengan negara pentadbiran kolonial British. Pertemuan ini juga berlaku dalam konteks pemodenan yang diperkenalkan dan dirancangkan oleh kerajaan kolonial.

Justeru, negara kita bukan negara pertama dalam kalangan koloni British yang melalui pengalaman ini. Para sarjana dalam bidang kajian India British seperti Bernard Cohn, seorang ahli antropologi berbangsa Amerika mengutarakan bahawa kolonialisme bukan hanya melibatkan penaklukan ruang fizikal; kerana yang lebih penting ialah kolonialisme turut melibatkan penaklukan terhadap ruang epistemologi atau sistem pemikiran penduduk peribumi.

Penaklukan ini berlaku melalui proses penguraian sistem pemikiran peribumi yang mengakibatkan hilangnya kekuatan sistem pemikiran tersebut sebagai kuasa pentaktrifan kehidupan.

Cohn yang telah menghabiskan seluruh hidupnya mengkaji sejarah India berdasarkan kaca mata ilmu antropologi menjelaskan bahawa ilmu yang dihimpunkan dan diklasifikasikan itu ditransformasikan ke dalam bentuk yang dapat dimanfaatkan dalam bentuk laporan, sejarah, gazet, kanun undang- undang dan ensiklopedia.

Perbincangan tentang pembentukan masyarakat pluralistik di Malaysia kerap kali tertumpu kepada tiga kelompok komuniti etnik utama, iaitu Melayu, Cina dan India walaupun sebenarnya terdapat pelbagai suku kaum lain. Hal ini demikian kerana ketiga-tiga komuniti etnik tersebut telah memainkan peranan yang paling menyerlah dalam memenuhi tuntutan keperluan ekonomi dan politik British di Tanah Melayu.

Bagaimanapun, kewujudan dan kepentingan peranan yang dimainkan oleh suku kaum lain adalah tidak dinafikan. Sebelum tahun , hampir kesemua penduduk Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu. Namun demikian, perkembangan perusahaan bijih timah yang bermula pada pertengahan abad ke dan perusahaan getah pada awal abad ke mengakibatkan penghijrahan orang Cina dan India secara besar-besaran ke Tanah Melayu.

Menjelang tahun , jumlah penduduk bukan Melayu melebihi penduduk Melayu. Kewujudan pelbagai kaum yang mengekalkan kebudayaan masing-masing mengakibatkan terbentuknya masyarakat majmuk di Tanah Melayu.

Setiap kaum mempunyai agama, bahasa dan cara hidup yang berlainan. Pada umumnya, terdapat persefahaman dan hubungan yang baik antara komuniti etnik Melayu, Cina dan India. Keharmonian hubungan etnik ini berterusan dan terbukti apabila mereka sama-sama berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajah British pada 31 Ogos dan apabila Sabah dan Sarawak mengambil keputusan untuk sama-sama membentuk Malaysia pada 16 September Dasar kolonialisme British memberi dampak yang sangat besar terhadap masyarakat di Malaysia sama ada dalam bentuk material ataupun bukan material.

Sungguhpun pemerintahan British telah menyumbang terhadap penambahbaikan kehidupan rakyat, terdapat kritikan bahawa mereka bertanggungjawab secara beransur-ansur menyisihkan dominasi Islam daripada kehidupan masyarakat Malaysia.

Sebagai contoh, Al-Attas mengkritik kehadiran kolonialisme Inggeris sebagai suatu dasar tekal memisahkan orang Islam daripada agama mereka. Para sejarawan mencatatkan bahawa dampak dasar dan birokrasi Inggeris boleh dilihat dengan jelas dalam perkara berikut.

Pertama, British mula bertapak kukuh menerusi campur tangan secara tidak langsung pada tahun apabila Pulau Pinang diperoleh daripada Kedah.

British seterusnya telah campur tangan secara langsung dan menguasai pentadbiran negeri-negeri Melayu yang secara tradisionalnya terletak di bawah tadbir urus Sultan Melayu. Mengikut Perjanjian Pangkor , Sultan Perak bersetuju menerima seorang Residen British yang menasihati baginda dalam semua perkara kecuali yang menyentuh agama dan adat istiadat Melayu.

Menjelang tahun , sistem residen telah diasaskan dengan kukuhnya di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Melalui Perjanjian Persekutuan yang dikuatkuasakan pada 1 Julai , keempat-empat negeri berkenaan disatukan di bawah satu pemerintahan pusat dan mula dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu. British seterusnya memperluas kuasa mereka ke atas Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu melalui Perjanjian Bangkok dengan kerajaan Siam dan kesannya seorang Penasihat British dilantik bagi tiap-tiap negeri berkenaan.

Syarikat Borneo Utara British yang memerintah di Sabah telah menggalakkan penghijrahan orang Cina untuk bekerja di ladang-ladang getah dan tembakau. Bilangan penduduk Cina di Sabah meningkat daripada 27, orang pada tahun kepada 50, orang pada tahun Dinasti Brooke yang memerintah di Sarawak telah menggalakkan kemasukan orang Cina untuk bekerja sebagai pedagang, petani dan pelombong. Bilangan penduduk Cina di Sarawak meningkat daripada kira-kira 5, orang pada tahun kepada , orang pada tahun Perkara yang amat jelas ialah perluasan pentadbiran British telah memisahkan agama Islam daripada urusan sekular seperti politik, pentadbiran, undang-undang, ekonomi dan pendidikan.

Ringkasnya, agama Islam dan adat istiadat Melayu serta kumpulan bumiputera lain terletak di bawah tadbir urus dan kuasa sultan; manakala segala perkara lain terletak di bawah kuasa British. Kesimpulannya, pluraliti bukanlah fenomena baharu dan janggal dalam kalangan masyarakat Malaysia, namun pluraliti juga telah dan bakal memberi impak yang berterusan dan berpanjangan.

Perpaduan dan toleransi yang bertitik tolak daripada tiga komuniti etnik terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India bagi memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu telah melakar sejarah dan membawa kesan yang besar sehingga hari ini terutamanya dalam aspek perpaduan etnik yang dapat hidup aman damai dan menjadi satu kebanggaan negara. Masyarakat plural Malaysia yang wujud kini merupakan hasil interaksi dan integrasi faktor sejarah silam. Tegasnya, pluraliti budaya terdapat di alam Melayu sejak sekurang-kurangnya abad kelima Masihi.

Perluasan pengaruh Inggeris di Tanah Melayu pada abad ke dan ke telah mengakibatkan penghijrahan orang Cina dan India secara besar-besaran ke Tanah Melayu.

Meskipun pelbagai kumpulan etnik hidup pada umumnya secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing, terdapat semangat persefahaman dan keharmonian kaum yang erat. Persefahaman dan kerjasama ini membolehkan negara kita mencapai kemerdekaan pada dan seterusnya mempergiatkan usaha untuk mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian.

Perpaduan dan identiti etnik mampu menjadi identiti negara bangsa yang makmur dan aman damai di mata dunia.

ARNOLDO HAX PDF

Topik 1- Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat: 1. Memahami Kesultanan Melayu Melaka sebagai lambang kemuncak kepada pluraliti di Nusantara. Memahami kesan penjajah Barat kepada masyarakat pelbagai etnik di negara ini. Menguasai kemahiran untuk menganalisis fenomena sosial dan masalah hubungan etnik di negara ini. Pengenalan Masyarakat pelbagai etnik, budaya dan agama merupakan ciri utama di kebanyakan negara pada hari ini.

IR2155 DATASHEET PDF

Nota Hubungan Etnik

Jalinan hubungan sosial secara berterusan terbina dalam kalangan masyarakat merentas agama, etnik, budaya dan bahasa menerusi interaksi sesama mereka. Contoh: Jalinan rantaian menghasilkan padi Padi ditanam oleh orang Melayu dan selepas menuai, padi dihantar ke kilang Cina oleh pemandu India. Pekerja-pekerja Dayak di kilang itu membungkuskan beras dan dihantar ke tempat lain oleh pemandu etnik Punjab. Di restoran itu, nasi dimasak oleh tukang masak Melayu, dihidangkan kepada etnik Bidayuh. Ini menunjukkan mereka saling bergantungan dalam jalinan rantaian kesepaduan sosial yang panjang 51 Dalam proses rundingan sosial, unsur-unsur seperti akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi sentiasa berlaku di peringkat yang berbeza sebagai mekanisme untuk terus mengekalkan toleransi etnik, penerimaan terhadap perbezaan dan kesepaduan sosial yang wujud pada hari ini.

CONCISE PAHLAVI DICTIONARY PDF

Bab 1 Malaysia Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

You are on page 1of 5 Search inside document Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian 1. Malaysia: Kesepaduan dalam Kepelbagaian 2. Namun hubungan etnik yang positif sebenarnya lebih banyak. Oleh itu, konsep kesepaduan sosial diutarakan untuk menjelaskan fenomena yang berlaku di Malaysia.

Related Articles